Semua orang mempunyai nenek begitu juga saya. Nama nenek saya ialah Marina Binti Sarip. Tahun ini ,nenek saya berumur 54 tahun. Nenek saya tinggal di Muar.
Pada hujung minggu yang lalu,kami sekeluarga hendak balik ke kampung . Kami menaiki kereta ayah . Dalam perjalanan ke sana kami telah membeli buah tangan untuk nenek . Saya telah membeli buah-buahan .
Kira-kira dua jam lalu, kami pun sampai ke rumah nenek. Nenek menjemput kedatangan kami dengan menghidangkan lauk-pauk yang enak sekali. Kami makan makanan dengan rasa gembira .
Kami duduk di kampung selama dua hari satu malam. Di situ, ada kebun nenek . Nenek telah menenanam pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran. Contohnya, terung, kubis,pisang,epal dan sebagainya.
Tiba masanya untuk pulang ke rumah . Saya berasa gembira kerana mempunyai nenek yang baik hati dan penyayang.
Comments
Post a Comment